Paparan halaman minggu lalu

Khamis, Jun 24

Pagar Diri Dari Ilmu Hitam Dan Sihir

Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguh nya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Si
fat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"( Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).


di harap tips2 ini sedikit sebanyak akan dapat membantu anda :)

Selasa, Jun 22

pegantin.....







selamat pegantin baru heheheh

Khamis, Jun 17

Lah Ahmad - Adinda (HD)


Malam pertama sangat sempurna
Duhai adinda sungguh jelita
Selama ini hanya kau yang ku tunggu

Bukannya rahsia di antara kita
Semakin membara jiwa gelora
Selama ini hanya kau di hatiku

Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Apa saja yang kau mahu


Semua untukmu oh adindaku
Dengarlah rayuan di hatiku
Sesungguhnya aku mencintaimu
Selalu di hatiku memanggil namamu
Oh adindaku oh adindaku
Semua kerana, kerna kamu

Engkaulah permata hatiku
Suluh menyinar hidupku
Yang selalu menerangi hari gelapku

Nantikan dinda yang satu
Tak akan pernah ku jemu
Semakin hari semakin ku rindu

Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Kamu selalu di hatiku
Semua yang kau mahu




Walau berjauhan
Suaramu mengakhiri penantian
Tabah mengharungi cinta
Semua dugaan Maha Esa



lagu ni aku tuju kan pada sesiapa sahaja yang nak dengar eceh...
ade 1 part yang aku minat ni kat lirik dia....

"WALAU BERJAUHAN SUARA MU MENGAKHIRI PENANTIAN"

hahahah tu la guna nya npon....

kesedihan dah ke...... ke ape??


wahahah x tau aku nak cakap mcm mne skrang.... sedih campur bercelaru,dslr aku kna resdung pulak semalam.. 1 malam aku x dapat nak tido pikir kan my mojo aku tu, td pagi aku dah p hantar ke kdi utk servic... kna pulak harga.... bialah rahsia,

semua ni salah aku sbb cuai ketika menukar kan lence nya, maklum la baru nak blajar. semua bnda x jadi mula2... bayang kan sehari aku x dapat nak amik gambar smlam... peh sedih x hengat seyh... xpe2 mojo ptg nie i amik u ea... so pada cik angun jgn jelous ye....

payah klu dah minat nie,pantang ade yg x kena... mula la nak tdo malam po0n payah, mula2 tdi giveup jgk aku bila mgenang kan,hope dah service nie ok la ea syg yeHAAA....

Isnin, Jun 14

hobi baru... pas tu mahal hahahahaha








ni nama dia mamat... pe gembala lembu dan kambing otai kat tmpat aku.... tp slu kena tipu... malum la jujur sangat hahahah

gambar ni aku amik pagi tadi kat depan rumah.... bangun2 tido je trus p amik gambar.. ai buah hati aku la kata kan hahahaha



Rabu, Mei 26

wajar kah subsidi di kurang kan???

wajar kah subsudi di kurang kan??
klu kerajaan rase benda itu patut utk rakyat.... boleh la di terus kan.... bia nakpak ckit pembangunan kat malaysia nie....

tp klu setakat subsudi tu x mdatang keuntungan kan sape2 kecuali.... lu pikir lah sndri.... baik x payah... aku x kan sokong....
da la kna bayar cukai tu... cukai nie.... semua nak kna bayar... sebagai rakyat malaysia ptut nya banyak klebihan yang rakyat dapat.... nie tanah sndri pon nak kna bayar cukai... sdg kan tanah tu tuan pya jumpa sblum ade nya kerajaan...so??

ekonomi rakyat malaysia nie bukan nya semua stabil.... gji pon stakat cukup2 makan, klu ade sape2 yg x bersetuju dgn pandangan aku... up to all...aku bercakap sebagai rakyat malaysia yg mahu kan banyak pjelasan yang masih x terjawab...

Ahad, Mei 9

Nubhan - Oh Juwita FULL (HIGH QUALITY)

aku sayang kamu



suka tengok kawan2 happy..... :) aku manusia biasa yang selalu mengharap kan sesuata yang baik untuk diri sendiri dan insan2 yang aku sayang... walaupon aku x tau la mereka sayang aku ke x... tp adakah mereka tau yang aku sayang kan mereka?? masaalah jugak nie... mcm mne nak bagi tau mereka yang aku sayang mereka?? xde cara lain selain aku bagitau mereka....

tapi adakah mereka percaya semua tu?? lagi2 orang mcm aku nie yang nama kate cakap mesti di cukup kan rase dengan ketawa... tapi bukan air mata ye, aku cuba bagi tau kucing jantan paling tua kat rumah aku... tp mcm selalu... dia cuma pandang aku dgn rase pelik... mkin mcm nak muntah pon ade....

aku x kisah... rase sayang mmg susah nak di beritahu pada sape2.... so aku megambil kesempatan ni... peh mcm nak buat ucapakn selamat hari raya pulak.... aku nak gtau sape je yang baca penulisan bangang aku nie... i love u all.... walaupon u all x love aku eceh, ni klu mak aku baca mau dia terkenang masa dia lahir kan aku... sejuk perut mak kan kan...huahahahah.....

Ahad, April 18

Hijau Daun - (Suara Ku Berharap)


Download:
FLVMP43GP

suara ku berharap... itu lah suatu ungkapan yang mudah dan simple.....namun bukan hanya ungkapan yang d jadi kan  ukuran pada seseorang mcapai matlamat dalam cinta...kesetiaan... kejujuran... dan pegorbanan juga acap kali di jadi kan sesuatu kelengkapan untuk itu....peh ayat kamus habis nie...

minggu nie banyak perkara yang berlaku... ayah angkat aku sakit... dalam sejarah aku marah doctor.... masih terdengar lagi ungkapan dia kat naluri aku... EN... KLU NAK CEPAT PEGI HOSPITAL SWASTA LA... maka dgn ganas nya aku mjawap...  jgn sampai esok awak da x jumpa hospital nie lagi.... maka muka nya terus berubah dari manusia kepada spongebob

kami bukan nak sangat masuk kan dia kat sepital itu.... tp cuma mahu kan pjagaan rapi... tp klu itu la layanan yang dapat dari hospital... xde hospital kerajaan pon xpe....ni baru ayat nak tendang orang...

pada yang tersayang... harap di musim2 demam dan panas2 sensasi yang x menentu nie.... jaga la diri ye... jgn biar kan diri anda di belengu misteri... ni ayat tv3 aku pakai....pada mamat tersayang... cepat2 la blajar pandu kreta.... lu tu badan lagi besar dari aku... nak jadi lelaki sejati kna la pandai wat drift kat jalan pagoh....

setakat nak jiwang 25jam tapi bawak kreta gear aku tukar kan... baik lu naik gokart... tu pon klu pas hehehe dan pesan pada pasangan gay lu tu... jgn la asik nak jumpa je... rimas aku tgk... bukan jelous taw.... mnyampah ade la... untung aku x azan je kat telinga koorang berdua.... hehehehe

tambah lagi dosa aku ngumpat orang hari nie.... sekian... adios.... wsalam...

David Archuleta - Crush (with lyrics)

Download:
FLVMP43GP

Sabtu, Mac 27

bila kaya... lupa siapa

bila kaya lupa semua tu la ungkapan yang palik baik aku rase bole aku bagi pada sesetengah manusia kat luasa sana tu.... mana x nya.. kadang2 bersongkok haji... naik kreta besar x ingat sampai kan berdiri sblah pon da mcm berdiri sblah jengkaut..... apakah songkok itu tanda betapa alim nya seseorang insan itu?? tak... tak... mmg aku x setuju... zaman sekarang nie manusia guna kan agama dan kebaikkan yang nampak di mata kasar sebagai senjata menampak kan diri itu alim atau berpangkat haji....

bukan niat hati nak myibuk atau amik tahu hal dia atau sape2 je.... dlu aku slu bertanya pada dri aku knpa aku bukan seorang lelaki yang kaya?? nsem tahap david backhem... atau tinggi mcm ronaldo.... aku kadang2 seronok tgk manusia2 yang hebat kat luar sana yang ade kreta mewah.... rumah besar padang golf...sampai kan dari ruang tamu nak g toilet je makan 5 6 jam....

 aku berazam nak jadi mcm mreka.... tp mampu kah aku?? bila aku berpikir balik... aku mula mempersoal kan diri aku semula.... malam nak tido pun ssh... ni nyamuk ggit kat punggung pon aku x sedar sbb asik duk pikir kan hal nie....

tapi semakin hari aku mula nampak knpa tuhan x berikan aku semua tu... malah aku bersyukur sbb aku jadi dri aku yang mcm nie.... walupon aku x banyak duit... aku ramai kawan... walaupun aku xde kreta besar... tp aku x sakit sbb nak bayar kreta...walaupun aku xde rumah 8 tingkat tapi aku bahagia dapat amik mak aku pegi balik kje... walau pon tgiling aku da separuh abag usia nya... tp aku yankin dia masih mampu bawak aku sejauh kelantan...

x macam moto mamat... bikin sana sini... tp bawak masuk kebun... hahahah baik lu amik enjin nya jadi kan gerabak tarik sawit mat... alamak lebih la pulak.... sory mat...
 walau pun moto aku x la sehebat moto rosi... tp masih mampu membawa mamat dan jeril berjalan2 kat pekan umpama pasangan gay yang bahagia... alamk ngumpat lagi...


padaa sesiapa je yang baca atau x segaja baca ape yang aku coret kan kat cni... peh bahasa buku gila aku guna... aku harap... pandang lah.... pandang lah... pandang lah pada ape yang kekal nanti.... walaupun kita memerlukan duit... tp duit kita x perlukan untuk membantu kita di hari kebangkitan esok....

harata bukan segala gala nya.....

Isnin, Februari 15

impian dan cita2....

sejak kebelakangan nih aku tgk ramai(ramai jgk lah kawan2 aku yang putus cinta)
aku x tau knpa..... yang best nya masaalah ni mcm pnyakit berjangkit...... nak kate h1n1 tidak....
pokok pangkal nya atas diri masing2 dan ketentuan jodoh.....

atau mungkin atas sebab banyak sangat drama2 kat tb yang keluar kan cerita2 berkaitan cinta... cntoh na o mie la..... nigena lah.... mcm2 lah..... harap kepada kawan2 aku... aku doa kan yang terbaik untuk kalian..... :)

semalam masa aku g kedai kat pekan... aku jumpa ngan seorang mamat bawak kreta mmg lawalah.... x salah aku tu kreta toyota lama..... aku masa tu nak g isi minyak.... jadi sementara menunugu kebanjiran kreta yang memenuhi stesn minyak pilihan aku nih... aku sempat la jgk tgur mamat tuh....

alo bro.... lawa kreta.... biasa la dik... orang bujang dia mnyahut.... abg dari mane?? x penah nampak pun.... aku bertanya..... abg dari kl dik... balik kg... sbb orang umah abg orang pt laman.... aku pun jawap..... owhhhhhhhh tau2.... adik nih orang cni ker??? aku dgn selamber mjawap la... saya datuk bandar pt sulong.... mamat tuh memandang aku ats bawah.... gurau je la bang... sy mmg asal cni... aku sempat mjeling tatu ikan mas kat perut mamat tuh...

(mcm nak muntah pon ade aku) aku mula lah gatal tangan nak membelek2 kreta mamat tuh.... aku x tau la klu dia marah ke x.... sbb aku mmg slumber gila main pegang2 je sana sinun.... mmg lawa la kreta dia.... dia pya spotrim... mak aih... gaji aku setahun pun blum tentu aku dapat bli....

aku syak mamat nih msti play boy.... sbb aku tgk sticker treta dia semacam je....aku ni main agak je la... tau mamat nih mau kne tendang aku kat lutut....knpa dik mamat tuh tanya aku... berkenan ker?? aku pun senyum je la.... bang... abg kje ape..... dia jawap... abg noreh getah je dik.... dgn selumber dia campak putung rokok dia kat tepi pam minyak.... ni klu meletup... mau 1 pekan aku jadi korban.....

abg kje opis biasa je la dik..... x lama pas tu aku tgk ase sorang awek melulu ke kreta dia.... aku pun plik... eh sape tu bang??? tu bini aku..... laaaaaaaa da kawen?? dah... aku anak da 3 dah.... 3?? mana x nampak pun?? anak tekak je.... hahahaha dia ketawa... dalam hati aku bole tahan jgk mamat nih.... aku da lame x sepak orang....

ok la dik.... abg nak gerak dah... nanti ade masa kte jumpa lagi ea.... sambil dia mhidup kan injen kreta....
bunyi ekzos dia.... pom pom pom.... gila ah....dasyat....

abis isi minyak je aku pon blah dari tmpat tu... mane la tau2 putung rokok tadi membuat kan tmpat tu meletup... sia2 je hidup aku....

dgn semangat yang membara2... aku berazam dari petang tu... aku nak kumpul wet sbb nak bli kreta....
nak bikin mcm mamt tadi tu... peh best2... ape barang pakai spot rim besar2 mcm tu... baik aku beli 1 set rim kreta kebal... lagi ganas.... silap2 kreta aku jadi bahan pameran kat muzium negara 1 hari nanti.....

ungkapan memberikan sejuta makna

antara doa dan air mata..