Paparan halaman minggu lalu

Isnin, Februari 16

CAHAYA DAN ALIEN(?)


Ada satu fakta menarik tentang cahaya. Seorang profesor di Universiti Cornell bernama Frank Drake telah mengkaji dan mengira kebarangkalian wujudnya peradaban lain di dalam alam semesta selain kitorang di bumi ini. Kira punya kira, dia anggarkan sekiranya ada makhluk asing pun, yang terdekat berkemungkinan duduk sejauh 200 tahun cahaya dari kita. Maka jika kita andaikan yang diorang teropong kita dari jauh pun, diorang tidak akan nampak korang atau aku. Informasi cahaya yang terpantul (bumi tak menghasilkan cahaya seperti matahari atau bintang, cuma memantulkan cahaya sahaja) daripada bumi 200 tahun yang lalu. Maka diorang sedang menyaksikan Revolusi Perancis serta kerajaan Britain dan Belanda masih sedang bergaduh tentang pembahagian kepulauan Malaya dan Jawa! 200 tahun akan datang (2208 masihi) mungkin baru diorang boleh kantoi aku tengah tulis entri pasal diorang. Nak marah aku time tu dah terlambat beb!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ungkapan memberikan sejuta makna

antara doa dan air mata..