Paparan halaman minggu lalu

Isnin, Februari 16

9 langkah menghadapi masalah.



Sembilan Langkah Asas Menghadapi Masalah



9 langkah asas dalam
menghadapi masalah.
Langkah-langkah tersebut adalah(calon2 nya) :

1. Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal
orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka
baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.


2. Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal
pemikiran Anda!


3. Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih,
bermuram durja dan apa jua perasaan negati. Kosongkan abis,
sepertimana kita mengosongkan poket.

4. Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional
dan kreatif.

5. Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan
membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan
rasa hormat dan bangga diri.

6. Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat, atau
fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung
ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi
pelbagai permasalahan hidup.

7. Bunuh perasaan negatif (takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu
dan rendah diri) sekarang juga!

8. Kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi
supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan
jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.

9. Ingat, sesusah-susah kita, ada lagi orang yang lebih susah. Anda
mesti bersyukur kerana Anda masih Anda pilihan dan alternatif-
alternatif untuk menyelesaikan masalah satu persatu.
Pilih untuk jadi orang yang sentiasa bermotivasi hari ini juga!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ungkapan memberikan sejuta makna

antara doa dan air mata..