Paparan halaman minggu lalu

Jumaat, Februari 13

anak singa yang????


Pada satu ketika, ada 2 ekor anak singa yang kematian ibu bapanya. Oleh sebab tak ada ibu bapa sebagai penjaga, anak-anak singa ini pun berkeliaran tanpa arah tujuan. Mereka merayau-rayau hinggalah ke sebuah padang rumput yang luas dan menghijau. Di padang rumput itu, mereka nampak sekumpulan kambing biri-biri yang hidup aman dan bahagia. “bagus nih”, fikir anak-anak singa tersebut. Maka, mereka pun mengambil keputusan untuk tinggal bersama-sama kumpulan kambing biri-biri itu.

Beberapa tahun berlalu, anak-anak singa tersebut pun dah besar. Pada satu hari, seekor singa dewasa datang ke padang rumput itu. Ia cukup girang melihat bilangan kambing biri-biri yang gemuk-gemuk belaka. Ia pun mula berlari ke arah kumpulan kambing biri-biri tersebut, dengan niat nak membaham sebanyak mana yang boleh. Tiba-tiba lariannya terhenti. Pandangannya tertumpu pada 2 ekor anak singa tadi. Selepas memerhatikan gelagat anak-anak singa itu, ia jadi berang!

Warghhh! Singa dewasa itu mengaum lalu bertempik ke arah 2 ekor anak singa itu. Singa dewasa berkata, “mari ikut aku ke sungai berhampiran!!!”

Sampai saja di sungai, si singa dewasa mengarahkan anak-anak singa untuk melihat ke dalam air. Maka, berlakulah dialog di bawah antara mereka (selepas dialih bahasa ke bahasa melayu);

singa dewasa: lihat lah ke dalam air sungai. apa yang kamu nampak?

anak singa 1: kami nampak singa.

anak singa 2: ya, singa.

anak singa 1: kami kan singa, mestilah kami nampak reflection singa.

anak singa 2: ya ya. kami singa!

singa dewasa: kamu panggil diri kamu singa???!!!

Persoalan

Tahukah kawan-kawan mengapa singa dewasa ini begitu berang sekali? Sebenarnya begini; singa dewasa ini nampak anak singa berdua ini begitu gembira bermain-main dengan kambing biri-biri di padang tadi. bukan itu saja, mereka (anak-anak singa) ini makan rumput! Lebih memeranjatkan, ngauman mereka bukan ngauman seekor singa. Ngauman mereka berbunyi embekan kambing biri-biri. Dalam kata lain, mereka mengembek!

Jawapan

Anak-anak singa tadi begitu selesa hidup bersama kumpulan kambing biri-biri itu, hingga terlupa identiti dirinya; makan rumput dan mengembek. Singa dewasa sangat marah kerana ia rasakan anak-anak singa tersebut dah lupa “tugas” mereka sebagai singa. Mereka lupa bahawa mereka adalah karnivor. Mereka lupa mereka adalah pengguna teratas dalam rantaian makanan. Mereka sepatutnya makan kambing biri-biri itu, bukan rumput! Mereka sepatutnya mengaum, bukan mengembek! Sungguh, telah jatuh sejatuh-jatuhnya maruah anak-anak singa tadi kerana tidak hidup dengan tujuan asalnya diciptakan.

Pengajaran

Cuba kawan-kawan gantikan senario anak-anak singa tadi kepada senario kehidupan manusia. Manusia yang terlupa akan tujuannya diciptakan, tak ubah seperti anak-anak singa tadi. Mengaku manusia, tapi tak kenal identiti sendiri. Mengaku manusia, tapi tak kenal tugas sebagai manusia. Seperti anak-anak singa tadi, jatuhlah martabat sebagai manusia andainya tak hidup dengan tujuan asal diciptakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ungkapan memberikan sejuta makna

antara doa dan air mata..